Thursday 31 March 2016

MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN RANIA ZARAA & REHANA SOFEA

PART 1

Sedikit info apa itu Aqiqah...
Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. 

Hukum Aqiqah 
sunat mu'akkad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak tersebut. Jika anak lelaki disunatkan menyembelih 2 ekor kambing, manakala anak perempuan disunatkan seekor kambing.
Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.
Daging aqiqah perlu dimasak gulai manis dan diberi makan.. 
(perasan skang ni ramai yang buat kambing golek...tapi iols tak berani nak komen then kite stick kambing masak beriani n buat manis manis...sweet gitu)

Waktu Melakukan Aqiqah
Masa yang paling afdhal adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak tersebut. Tetapi boleh dilakukan sehingga kanak tersebut baligh.

Yes... Very long due Aqiqah for Zaraa... Dah nak masuk 3 tahun baru ada rezekinye...
Akhirnya rezeki itu ada cuma lambat atau cepat je...
Memula plan nak buat hujung tahun lepas.. tapi en suami kata why dont skali kan birthday Sofea.. as birthday Sofea jatuh on Ahad... 
kite awalkan sehari jadi kenduri nye on 5th March 2016...

First thing before nak plan kenduri/event kena ada budget then you can manage and plan....

Sedikit detail budget kami (kawasan Seremban):
a) Kambing 2 ekor = RM 1800 (bersih belum dimasak)
b) Menu makan for 200 pax = RM 2000 (RM10 per pax..menu nasi minyak+rendang kacang hati+sambal sotong+sayur+buah2an+air) 
c) Khemah = RM 600 for 2
d) Doorgift = RM 1000
e) Photographer = RM 450 (amik gambar sahaja ok for 4 hours..nanti kata awat murah sangat..hehehe)
f) Baju anak2 = RM 350 for 2 (custom order IG ellany)
TOTAL = RM 6200

Roughly figure yang perlu ada untuk buat kenduri aqiqah.. it depends on macam mana U nak buat.. memang Mama nye berangan nak macam macam.. pelamin bagai sume..
tapi kena ukur baju di badan sendiri...

Sebenarnya hidden cost banyak lagi during kenduri tu.. Tapi iols is malas nak list out..nasib baik Atuk & Nenek diorang tolong kaber sket..kira sponsor la... 

Atuk & Nenek kata dah takda sape nak kawin dah.. ni yang buat Meriah ni...
Zaraa & Sofea kena ingat atuk & nenek memang banyak tolong untuk kenduri ni... bukan sahaja wang ringgit malah tenaga... 
Atuk yang pegi beli sendiri kambing tu tau.. Nenek ngn Nek Nong yang susah payah cuci kambing.. Atuk Nyan yang masak kan kambing korang dua.... Mama letak ni so one fine day hopefully Zaraa&Sofea may read n noted nama-nama yang banyak berjasa untuk korang 2....

Ooo...sebelum lupe all printed design for invitation, gift tag and birthday banner iols is dapatkan from madebylisha.blogspot.my. Service tiptop.. Iols memang dah lama deal ngan die bab printing design dari zaman abg fahim lagi....

<dulu iols cita cita nak jadi birthday planner..tapi angan angan jer>





Design banner from madebylisha.blogspot.my. 
Cotton candy and mineral water with label tu iols order from shilashower.


Square Terima Kasih tag untuk tetamu-tetamu...


ni baju adik.. adik tak reti jalan lagi.. sooo tak bape nampak asyik dokong jer..


ni gambar kakak.. duk asyik main air basuh tangan..







No comments:

Post a Comment